Skip to main content

CIPTA MASA DEPAN BAHARU DALAM BIDANG PENGUJIAN PERISIAN DAN APLIKASI!

Gunakan peluang yang ditawarkan untuk menambahbaik resume dan peluang kerjaya anda di dalam bidang pengujian perisian dan aplikasi dengan Program Bina Kerjaya! Tujuan program ini adalah memberi peluang kepada individu dalam Sektor Tidak Formal untuk meningkatkan potensi kemahiran melalui akses ke latihan yang diperlukan.

Sertai Program Bina Kerjaya khas untuk individu yang bekerja tidak formal (pekerja gig), seperti Food Rider, dan bekerja sendiri. Anda layak jika anda berumur dari 16 hingga 50 tahun, memiliki sijil Diploma dan ke bawah, dan tidak mempunyai caruman PERKESO.

Maklumat Lanjut Program

Program Latihan Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal 2.0 merupakan program inisiatif lanjutan daripada Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang bertujuan memastikan pekerja sektor tidak formal untuk mempunyai akses kepada program pembangunan kerjaya dan latihan kemahiran microcredential.

Program ini juga dapat memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk memperoleh pekerjaan formal melalui microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA / IPTS / JPK / MQA / badan ikhtisas / pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA , BOE, MIA. Kumpulan sasaran bagi Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal adalah pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Diploma dan ke bawah.

Kursus yang Ditawarkan

ISTQB® Certified Tester – Foundation Level

Program 5 Hari (40 Jam)

Mod Pembelajaran Hibrid (online & fizikal)

Silibus Antarabangsa

Maklumat Penuh Kursus

Proses Pendaftaran Program

Taklimat Pra-Kursus

Ikuti maklumat yang diberi di dalam emel untuk hadir ke sesi taklimat pra-kursus

Surat Kelulusan

Peserta yang berjaya akan mendapat surat kelulusan dari Perkeso

Jangan lepaskan peluang ini! Tempat adalah terhad.